Friday 9 February 2018

Resepi mee sup tulang power

Resepi Mee Sup Tulang power

Hah kali nie aku nak share resepi mee sup tulang yg menjadi kegemaran family aku.. Walaupun aku nie bukan penggemar mee sebenarnya, tapi bila dah pekena dgn sup tulang nie mmg matching lah.. Layannn abiss...
Anyway resepi nie mcm sup yg lain jugak, cuma lain sket..
Nak kata rumit tak rumit jugak..
Belum cuba belum tau.. Lagi2 makan time hari hujan, pasti berasap...


Bahan-bahannya ialah :

2 kilo tulang dan 1 kilo daging ( Lagi best kalau ambik bhg tulang rusuk)

2 biji bawang beasr, 10 biji bwg putih, 5 inci halia (sume bahan2 ni dikisar)

2 inci halia, 2 biji bwg putih, 8 biji bwg merah (sume bahan2 ni dimayang halus)

2 paket kecil rempah sup

2 paket sup bunjut tulang

4 inci lengkuas diketuk sekali

Mee kuning

air

minyak utk menumis

*Boleh tambah bunga kobis dan karet



Cara-caranya :

  1. Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik bau, kemudian masuk bahan kisar kacau rata hingga kekuningan
  2. Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak
  3. Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnya dan hilang warna darahnya..
  4. Keluarkan sup bunjut, buka ikatan sup bunjut dan blender bahan2 rempah, isi air penuh blender sehingga 3x.
  5. Masukkan lengkuas.
  6. Tambah air secukupnya,masak sehingga 2jam atau sehingga daging betul2 empuk.
  7. Setelah daging empuk, baru masukkan garam.
  8. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Untuk Mee, masak air dalam periuk, bila air dah mendidih masukkan mee kuning, dalam satu minit angkat mee dan tos kan. Jgn rendam lama sgt, bila mee kembang dah tak best..

Kalau nak makan dgn sambal kicap pun boleh buat ikut resepi kat bawah ni.. mudah jer..

Blender 20biji cili padi dan 4 ulas bawang putih campurkan dgn kicap


Resepi kat atas ni kalau korang nak masak utk 2-3 orang makan je kurangkan lah sukatan bahannya yer.. Nak layan tulang nie kena ada ramai-ramai orang, baru syiokkk...

Resepi mee sup tulang power

Resepi Mee Sup Tulang power Hah kali nie aku nak share resepi mee sup tulang yg menjadi kegemaran family aku.. Walaupun aku nie buk...

click me